Anda mahu berhubung dengan 400 juta orang? Jadi paparkan produk anda pada ahli Facebook. Jika anda baru dalam bidang ini maka hari ini adalah hari bertuah anda. FB dapat membina trafik yang begitu besar yang dapat anda bayangkan. Ini bermakna semakin ramai audien yang nampak produk anda, semakin tinggi pembelian dan semakin tinggi keuntungan.

Hubungkait antara Facebook Dan Marketing

Kini FB adalah social media yang paling besar didunia. Ada lebih kurang 500 juta ahli dan semakin meningkat dari hari ke hari. Pada setiap masa terdapat beribu-ribu orang yang sedang online yang sedang cuba menawarkan sesuatu.

FB bolehlah dikatakan sebagai “produk masa hadapan”.

Ahli-ahli FB pula sudah tersedia dan berjuta-juta log masuk pada bila-bila masa. Nombor memberitahu segalanya, trafik di FB amat luarbiasa.

Apa yang istimewanya tentang site seperti ini terutamanya FB ialah trafiknya dan peluang-peluang pemasaran. Pemasaran tidak semudah meletakkan  iklan pada fan page dalam site networking. Selain dari itu, pengiklanan di FB jauh lebih murah dan amat berkesan.

Jika anda tahu jalan pintas disana dan disini, anda juga boleh mendapatkan beribu-ribu orang untuk datang ke laman web anda tanpa perbelanjaan yang banyak. Itulah betapa hebatnya laman media social. berapa besar rangkaian social dan betapa mudahnya untuk memasarkan produk disini dan membuat lebih banyak duit daripada apa yang anda terfikirkan.

Bagaimana untuk mengiklan dan buat duit di FB?

Jika anda seorang newbie dan pemilik perniagaan kecil yang tidak mempunyai bajet yang besar, FB boleh memberikan kepada anda secara percuma.

Disana terdapat banyak cara-cara untuk membuat duit dengan modal yang kecil. FB memberi kaedah FanPage – yang agak mudah untuk dibina. Hanya membuat profil dan teruskan membuat laman Fan Page anda sendiri.

Fan Page adalah seperti halaman profil. Dalam usaha untuk menarik banyak perhatian, anda perlu menjadikan ianya menarik, cukup untuk “membuka mata” dan membuat klik “like”. Cuba dapatkan beberapa ‘like’ dan komen yang baik dan ini akan meningkatkan kedudukan anda sedikit.

Meningkat didalam rank amat penting disini. Anda dapat melakukannya dengan memancing audien menonton promo dan diskaun. Lakukan jualan di FB dengan cara yang baik dan anda akan dapat lihat jualan anda meningkat.


Share